Asia Fresh News

Asia Fresh Stories

Opteck Perkenal Dagangan CFD di Platform Baharu

leave a comment »

LIMASSOL, Cyprus /PRNewswire/ — Selepas menjalankan analisis dan ujian terperinci, Opteck dengan jayanya melancarkan laman dan aplikasi mudah alih yang dijenamakan semula, untuk menambah produk dagangan baharu – CFD.

Perubahan penting ini meletakkan Opteck sebagai peneraju industri, sebagai broker yang menyediakan kombinasi antara binari dan dagangan CFD kepada pedagang di seluruh dunia, dalam persekitaran yang dikawal selia sepenuhnya. Jurucakap syarikat itu turut berkata: “Kami amat teruja untuk melancarkan salah satu platform dagangan paling canggih di dunia. Kami berjaya membangunkan piawaian keselamatan baharu sepanjang beberapa tahun ini, hasil daripada pematuhan kami terhadap garis panduan peraturan yang paling ketat, dan penambahan CFD ke dalam barisan produk kami ialah satu langkah biasa ke arah mencapai matlamat kami dalam usaha menyediakan pengalaman dagangan terbaik kepada pelanggan seluruh dunia yang terdapat pada masa kini. Bulan-bulan akan datang menjanjikan suatu yang amat menarik, memandangkan kami bakal memperkenalkan lebih banyak ciri, lesen peraturan dan juga cawangan pejabat di serata dunia.”

Keputusan syarikat untuk melancarkan dagangan CFD berlaku ketika banyak bakal pedagang mencari penyelesaian sehenti bagi memenuhi kesemua keperluan dagangan mereka. Kaedah dagangan inovatif ini membolehkan Opteck menawarkan lebih banyak ciri dan faedah kepada pedagang pada semua peringkat:

Lebih 1,000 aset kewangan
Spread tetap rendah kos
Peringatan harga pasaran secara langsung
Isyarat carta dan perdagangan bersepadu
Pelbagai paparan analisis
Leveraj sehingga X200
2 jenis pelaksanaan pesanan (mengikut kadar pasaran dan kadar permintaan)
Instrumen pengurusan risiko (mengelakkan kerugian/mengambil keuntungan, menghentikan pesanan dan mengehadkan pesanan)
Selain itu, Opteck turut memberikan wajah dan pengalaman baharu kepada laman dan platform tersebut, selain membangunkan papan pemuka yang canggih, yang membolehkan pedagang menetapkan prestasi mereka dengan bantuan laporan yang komprehensif serta maklumat berhubung aktiviti mereka.

Namun begitu, tumpuan utama pastinya pada aplikasi dagangan baharu Opteck. Ia menyediakan kesemua ciri eksklusif dan memaparkan tawaran versi komputer meja, dalam persekitaran mudah alih yang mesra pengguna. Pedagang kini dapat menyesuaikan platform itu agar dapat memenuhi keperluan peribadi dengan sempurna dan mengurus portfolio mereka ketika bergerak, pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.opteck.com.

Hubungi:
Opteck (Central Spot Trading Ltd.)
Ketua Bahagian Peralatan
Tel: +357-25-03-09-31
support@opteck.com
http://www.opteck.com
Facebook – Opteck
Youtube – Opteck Review

Source: Opteck

Written by asiafreshnews

November 15, 2016 at 10:17 am

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: