Asia Fresh News

Asia Fresh Stories

Pacific Mutual: Kecairan Mencukupi dan Pasaran Disokong Baik

leave a comment »

PETALING JAYA, Malaysia /PRNewswire/ — Dalam satu kenyataan hari ini, Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya, menjangka pasaran ekuiti akan terus disokong baik.

Teh Chi-cheun, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, Pacific Mutual Fund Bhd
Teh Chi-cheun, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, Pacific Mutual Fund Bhd
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Pacific Mutual, Teh Chi-cheun, “Pencarian pendapatan bermula selepas krisis kewangan global apabila kadar faedah dipotong sehingga sifar dan kadar faedah sekarang juga hampir mencecah kadar sifar ataupun negatif seperti di Eropah dan negara Jepun. Oleh sebab tiadanya peningkatan kadar faedah yang ketara secara global, para pelabur yang memerlukan pendapatan akan melabur dalam saham-saham yang membayar dividen, yang kebanyakannya saham-saham defensif. Kami juga menyaksikan trend ini di Malaysia. Minat terhadap saham-saham yang membayar dividen akan berterusan dan menyebabkan lebih banyak aliran pelaburan ke dalam saham-saham tersebut. Jurang perbezaan penilaian tidak boleh terlalu besar dan aliran modal pelaburan akan diperuntukkan bagi saham-saham lain termasuk saham-saham pertumbuhan dan kitaran. Secara amnya, persekitaran kadar faedah yang rendah dan pelonggaran kuantitatif dalam sesetengah negara telah menyebabkan kecairan yang mencukupi dan kecairan serta modal pelaburan perlu diedarkan. Oleh itu, pasaran saham akan dikekalkan dengan baik.”

Tambah Chi-cheun, “Buat masa kini, para pelabur sesuai melabur dalam saham-saham ekuiti untuk jangka masa panjang. Bank-bank pusat global dan serantau kekal dalam mod pelonggaran. Federal Reserve juga meningkatkan kadar faedah secara berhati-hati. Walaupun penilaian saham tidak murah di Malaysia, ia juga tidak terlalu tinggi. Mengikut rekod, Malaysia pernah berdagang pada nisbah harga perolehan yang lebih tinggi berbanding negara seperdagangan. Pada masa kini, nisbah antara harga dan perolehan saham-saham Indonesia hampir-hampir setaraf dengan tahap saham serantau dan nisbah saham-saham negara Thai tidak jauh di belakang. Untuk negara Malaysia pada masa kini, Pacific Mutual memilih sektor-sektor pembinaan, hartanah dan perladangan.”

“Antara risiko-risiko utama adalah keputusan pilihanraya Presidensi AS. Jika Trump dipilih sebagai Presiden, terdapat kemungkinan halangan dagangan antarabangsa. Sebagai sebuah ekonomi terbuka dengan hasil eksport yang besar, Malaysia akan terjejas secara negatif,” ujar Chi-cheun.

Dalam kenyataan yang sama, Pacific Mutual juga mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM11.13 juta untuk lima Dananya dengan tahun kewangan berakhir suku ketiga tahun 2016:

Pacific Premier Fund: 5.00 sen seunit
Pacific Income Fund: 1.00 sen seunit
Pacific Cash Fund: 0.40 sen seunit (agihan suku tahunan)
Pacific Islamic Cash Fund: 1.00 sen seunit (agihan suku tahunan)
Pacific Emerging Market Bond Fund: 1.05 sen seunit (agihan suku tahunan)

PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada awal bulan Oktober 2016, Pacific Mutual mengurus hampir RM1.45 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pacificmutual.com.my

HUBUNGAN MEDIA:

Cindy Leong
03-7725 9877 sambungan 238
cindy@pacificmutual.com.my

Cindy Thean
03-7725 9877 sambungan 226
cthean@pacificmutual.com.my

Foto – http://photos.prnasia.com/prnh/20161005/8521606335

Source: Pacific Mutual Fund Bhd

Written by asiafreshnews

October 6, 2016 at 5:10 pm

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: